Thursday, April 21, 2016

Bidadari Syurga

Hasil gambar untuk bidadari

Bidadari Syurga; "Ini adalah kisah seorang wali Allah سبحانه وتعالى yang terkenal dengan kesolehan, keilmuan dan kewarakkannya yang bernama Al-Imam Malik bin Dinar. Pada suatu hari, Imam Malik melalui di kawasan pasar, lalu dia melihat seorang hamba wanita. Hamba wanita ini sangat cantik yang bertaraf high class, menjadi kesayangan tuannya karena kecantikkannya."

"Kemana saja hamba wanita ini pergi, ada bodyguard yang di antar oleh tuannya untuk mengiringinya. Tiba-tiba, Imam Malik bin Dinar berkata; "Wahai wanita, aku ingin membeli engkau." Wanita cantik itu berkata; "Lelaki macam kamu ini ingin membeli aku?"

"Lihatlah keadaan kamu sendiri yang compang camping itu." Katanya sambil ketawa."
"Wanita itu berkata lagi; "Lihat bodyguard semua, lelaki ini ingin membeli aku." Semua mereka pun tertawa. Maka Imam Malik bin Dinar menegaskan lagi; "Wahai wanita, aku benar-benar ingin membeli engkau." Lalu, hamba wanita itu pun menyuruh bodyguardnya mengambil Imam Malik bin Dinar untuk di bawa berjumpa tuannya."

"Sesampainya di mahligai tuannya, hamba wanita itu masuk ke bilik tuannya, lalu berkata; "Tuan, Tuan, coba keluar, hari ini ada suatu perkara yang lucu sekali. Ketika di pasar tadi, ada seorang lelaki tua yang compang-camping. Orang tua itu ingin membeli aku, berapa banyak yang dia boleh bayar untuk membeli aku? Sambil tertawa."

"Maka tuan itu pun keluar dari biliknya. Malik bin Dinar telah berada di mahligainya menunggu tuan itu. Kata Imam Malik bin Dinar; "Aku ingin membeli hamba perempuan engkau itu."Tuan hamba kepada wanita itu bertanya; "Adakah kamu mampu untuk membayar harganya?"

"Dengan yakin Imam Malik berkata; "Aku akan membayar harganya." Tuan itu bertanya lagi; "Berapa banyak kamu akan bayar?" Imam Malik menjawab; "Aku akan membayar dengan dua biji kurma ini untuk harga hamba perempuan itu."

"Tuan itu terkejut. Semua orang yang mendengar terus ketawa. Kata tuan tersebut; "Hamba yang secantik ini, kamu ingin membelinya dengan dua biji kurma yang telah di ambil isinya? Betulkah kamu ini? Apa alasan kamu ingin membeli dengan harga yang seperti itu?" Tanya tuan itu."

"Dengan bersahaja Imam Malik bin Dinar berkata; "Tuan dengarlah baik baik. Di sisi aku ada seorang wanita juga. Yang mana ia diciptakan daripada sari pati kasturi, sari pati kapur putih dan beberapa lagi dan juga za'faran dan nur wajahnya adalah nur dari Allah سبحانه وتعالى."

"Jika dia terzahir di tempat yang gelap, maka tempat gelap itu akan menjadi terang dengan cahayanya, apabila ia terzahir di depan matahari. Maka cahaya matahari akan menjadi malap kerana cahaya perempuan ini lebih terang lagi. Jika satu selendangnya jatuh ke atas bumi ini, maka seluruh bumi ini akan menjadi harum kerna selendangnya."

"Jika satu air liurnya jatuh ke dalam lautan, maka seluruh lautan akan menjadi manis, jika suaranya terdengar oleh seorang mayat, maka sudah pasti mayat pun akan hidup kembali, akan menyahut seruan bidadari tersebut. Allah سبحانه وتعالى berfirman; "Kami ciptakan perempuan ini dengan serta merta, yang sama umur dengan kamu, yang penuh kecintaan, kasih sayang terhadap kamu, tidak mempunyai kotoran pada badannya, tidak ada haid dan nifas, tidak akan memberontak pada kamu."

"Percintaan antara bidadari dan manusia. Oleh itu, wahai tuan, beritahu kepadaku. Manakah yang lebih baik? Perempuan yang berada di sisi kamu atau yang berada di sisi aku?" "Sudah tentu perempuan yang berada di sisi kamu." Tuan itu menjawab. "Adakah kamu ingin memilikinya?" Imam Malik bertanya; "Sudah tentu aku ingin memilikinya, berapakah harganya?" Tuan itu bertanya."

"Imam malik menjawab; "Harganya adalah kamu beriman kepada Allah سبحانه وتعالى, kamu taat pada perintah-Nya, kamu tinggalkan larangan-Nya, sentiasa hidup dalam taubat pada-Nya, malam bangun tahajud pada Allah سبحانه وتعالى, segala amalan soleh itu akan menjadi mahar bagi kamu untuk memiliki bidadari-bidadari itu semua. Jika orang-orang soleh yang dicalonkan menjadi suami mereka di syurga nanti, ketika lelaki itu di dunianya, isterinya mendurhakainya."
"Maka bidadari Syurga tersebut akan berkata; "Wahai isteri kepada suamiku, berhati-hati dengan suami aku. Dia akan bersama-sama aku selama-lamanya di dalam syurga Allah سبحانه وتعالى kelak."

Isteri kepada lelaki diatas dunia ini, belum tentu bersama suaminya di syurga. Mungkin berlaku penceraian dan sebagainya. Akan tetapi suami yang soleh sudah pasti akan ke syurga dan bersama-sama dengan bidadarinya."
"Jika perempuan-perempuan diatas dunia ini. Mereka dapat melawan hawa nafsunya. Bermujahadah, taat perintah Allah dan Rasul-Nya, taat pada suaminya, dapat menjaga puasanya, menjaga kehormatannya, menjaga solatnya, menjaga tanggungjawab sebagai ibu, tanggungjawab sebagai isteri. Maka di akhirat nanti, dia akan menjadi penghulu bagi bidadari-biadari dan kecantikkannya lebih hebat daripada seluruh bidadari syurga nanti."
"Penolakan dari Tuhanmu, terasa pedih bagimu. Hanya kerana engkau tidak mengerti, rahmat-Nya, di sebalik penolakan itu.

Ibn Athoillah As-Sakandari

No comments:

Post a Comment